Tuesday, April 15, 2014

L.O.V.E Letter For You

Assalammualaikum w.b.t & Salam Selasa.

Hampir 2 hari aku tak dapat tidur dengan nyenyak. Membuatkan aku stress. huhuhu.
Nak bagi LOVE Letter kat si dia, terasa macam tak sampai hati.
Almost 3 years aku bertahan dengan si dia.

Walaupun agak tak cukup kasih sayang yang si dia curahkan kepada aku.
Namu, langkah aku berat nak tinggalkan si dia. Adakah aku jatuh cinta??
ohhh nomm nom no !! tak mungkin. haha. Nonsense ever !! hohoho

Apa perasaan korang bila nak bagi love letter (resign letter) kat bos korang?
Walaupun mase kerja ada aje benda yang uolls tak puas hati.
Still ada sesuatu yang korang tak boleh tinggalkan. betul tak?

Tapi kalau dah menyampah sangat. tak payah tunggu 1 month notice kot.
hahaha. rasa nak bagi notice serta merta. Dasyat sungguh tu.
Mesti mental tercedera kan, sebab tu ada yang buat keputusan drastik tak hinggat dunia.

Kenapa aku nak berhenti kerja ?
ofcoz bila dapat better offer, kita akan berpaling tadah. Bukan tak setia ok.
Tapi bila kita terlalu selesa dengan apa yang kita ada. Kehidupan sangat membosankan.
Kalau nak berjaya mesti ada target dan wawasan. Ceitt !! baru sekarang aku ada matlamat.
Dulu ada angan-angan aje! hahahaa. Alhamdulillah, rezeki dari Allah.


Surat resign aku dah bertaip. Copy je kat internet. hahaha.
Tapi ade betul jugak. Company yang aku kerja sekarang. Memang buat aku banyak makan.
Stress tu faktor. Tapi hantu-hantu raya merangkap BFF aku juga faktor ke-2.

Gilerlah ! badan bagai di pam-pam. adoiyai. Korang ni perosak diet aku la.
ahahhaa. Tu yang aku sayang nak tinggalkan korang.

Rindu nanti nak dengar makian korang dan tangisan korang.
Walaupun stress kerja, ada kawan macam dorang. Aku happy aje.
Thanks buddy for all thing ! sorry aku tak bagitahu korang aku nak resign.

Kalaulah budak 2 orang tu tahu. aku dah plan nak resign. Mau berbakul makian aku terima.
Eh !! jap aku nak pasang perisai. Macam kapten amerika (pegang tudung periuk)


p/s : terima kasih korang yang supporting baca bebelan aku sampai habis !!
sob.. sobbb.. kesat air mata sikit. hohohoho ^__^


'' pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas ''

No comments:

Post a Comment