Wednesday, January 15, 2014

I'm Come Back


Assalamualaikum & Hello Everybody =)


Pejam-celik-pejam-celik dah lebih 3 hari aku menyepi dari menaip.  Membiarkan vlog picisan aku bersawang ibarat tapak pembinaan terbengkalai. Haih ! gaya macam nak stop berblogging nampaknya. hehee. Eh ! tajuk entry pun macam tak betul aje nak tinggalkan dunia blog! Huhu. Kenapa, why, bakit (filipino) ??? Pertanyaan kenapa dalam banyak version dan muka penuh tanda soal. (betul ke imaginasi aku ni) hahaaa. 'Font Saiz' blog aku pun dah bertukar, dah tak gedabak-gedabak macam dulu kan. kikiki

Okey-okey, sebelum aku jawab pertanyaan anda-anda semua. Boleh aku nak buat pertanyaan poyo tahap muntah hijau tak? Ready answer my question (tu dia speaking jawee pulak) hihihi. Rindu kat aku ke kalau aku tak ade nanti ? hahahaa.
POYO-poyo aje soalan aku tu ?? Macam aku pulak yang dah terlebih menggunakan tanda 'SOAL' (maafkan saya !)

Merujuk kepada entry aku yang terakhir last week. Entry yang penuh dengan luahan perasaan tahap jiwang bagai. Macam tak sangka akulah yang bertanggungjawab menjadi tukang taip entry yang sadis tu. heheheee. Tak sanggup sebenarnya aku nak baca entry tu balik. Rasa macam nak hempok kelapa kat kerusi pulak rasanya. Tapi disebabkan korang-korang blogger yang sporting habis/ meletop & baik hati gitu. Juga blogger otai +HASRUL HASSAN pun sanggup turun padang bagi kata-kata semangat dan nasihat. Terima kasih sangat-sangat kat my dear friend +Khairunnisa Dahalan. Yang lain-lain kau tak mention -love u korang- (Felling macam menang Anugerah Grammy plak) heheee

Tak dapat gambarkan perasaan terharu aku ni, sampai kabur bijik mata aku tahan air mata. Ok, aku mula nak jiwang lagi. hehee. Actually, aku tak jiwang pun. Aku masih lagi berjantina perempuan dan mempunyai sindrom  PMS . Kadang-kadang cerita tu tak sedih pun. Aku boleh menangis tersedu-sedu. Akak aku dok pelik tengok menangis macam mati laki. kikikiii.
Aku pun cover-cover tutup muka dengan bantal. Padahal air hingus semua dah meleleh keluar. T_T

Special thanks to 'blogger' yang update kehidupan korang setiap hari. Opkos termasuk cerita pasal keluarga dan anak-anak dan tak terkecuali Encik Somi tersayang kan?? Ok nak dijadikan cerita aku ada join satu segment ni, so aku blogwalking satu per satu blog untuk singgah dan follow. Then aku terjumpa 1 blog yang memang aku tercari-cari, memang aku nak stalker blog orang tu. Nak tahu kenapa??? apsal aku nak stalker vlog orang tu plak ye? urm,,, tunggu next entry k.
Baru boleh tahu kenapa aku jadi emosi semacam =') Bagi aku semangat nak cerita . Kitee makan dulu !!! yeahhh ~


'' Selamat ber'lunch dan menunaikan Solat Zohor ''


No comments:

Post a Comment